Resepi Mee Celop Versi Kelantan

Mee celop ni makanan kegemaran saya. Jadi hari ni saya nak share resepi. Kawan-kawan silalah mencuba dan bolehlah dibuat alteration yang mana difikirkan sesuai dan lebih menyedapkan. Selamat mencuba..

photo-34

Bahan untuk supnya;

  • 3 ketul tulang yang ada dagingnya
  • Sekeping besar tapak tangan perut lembu, lebihpun tak apa- yang original ialah perut lembu muda/susu
  • 2 peket fishball- boleh ganti dengan meatball/chikenball
  • 4 ulas bawang putih-mayang
  • 4 ulas bawang merah-mayang
  • 2 inci halia-mayang
  • 4 kuntun bunga cengkih
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 batang celery-potong besar
  • 1/2 batang lobak putih-potong kasar
  • 1 batang serai-ketuk
  • 1 pohon pokok ketumbar-ketuk akarnya
  • Perisa sup;
  • Sos ikan secukupnya
  • Gula kabung/gula somtam
  • Kicap masin

Cara-caranya;

Panaskan minyak dalam periuk besar/dalam. Masukkan bawang merah, putih, halia- tumis hingga wangi. Masukkan rempah kasar cengkih, lawang, pelaga dan kulit kayu manis. Tumis lagi. Masukkan tulang. Tumis hingga warna tulang sedikit brown dan semua airnya kering. Masukkan air secukupnya- saya guna dalam 1 1/2 jug besar air. Masukkan semua bahan daripada perut lembu hingga pokok ketumbar. Masak hingga menggelegak dan daging pada tulang lembut. Masukkan perisanya iaitu sos ikan, gula dan kicap. Dah sedap rasanya boleh tutup api dan sejukkan. Tapiskan supnya masuk dalam periuk lain. Keluarkan tulang, perut dan fishball. Panaskan semula sup sebelum menghidang.

Bahan mee/kueh tiew/mihun;

  • Kueh tiew dibasuh bersih dan ditoskan.
  • Mee kuning dibasuh bersih dan ditoskan.
  • Mihun dicelur sebentar dan dibilas serta ditoskan kering.

Bahan hiasannya;

  • Taugeh- dibersihkan
  • Daun ketumbar- dipotong kasar
  • Kacang tanah digoreng tanpa minyak- ditumbuk kasar
  • Chili flakes secukupnya
  • Asam limau nipis dipotong
  • Cili kicap; 5-6 biji cili padi
  • Sedikit cuka Sedikit kicap manis

Nasi Dagang Kelantan VS Nasi Dagang Terengganu

Nasi Dagang Kelantan ni ia menggunakan beras khas tau! beras ni hanya ada jual di Kelantan aje.. Nasi dagang versi Kelantan tidak sama dengan nasi dagang versi Terengganu. Jika di tanya pada selera sayalah kan.. saya lebih sukakan nasi dagang Kelantan. Tapi macam yang saya katalah.. selera ita mungkin tak sama dengan selera orang lain.

Bukan saja rupanya tak sama.. tapi cara menyediakannya juga berbeza. Nasi dagang Kelantan lebih mudah dan ringkas cara penyediaannya. Ia di tanak atau di kukus seperti menanak nasi. Nasi dagang Terengganu pula di kukus dan di sira dengan santan mentah di akhir proses memasaknya.

Nasi dagang Kelantan  ni dia ada warna sikit.. berasnya yang bercampur beras warna coklat-coklat sikit tu kan.. akan menghasilkan nasi yang cantik, unik dan nampak menyelerakan..

Gulai nasi dagang Terengganu, menggunakan rempah gulai khas yang di katakan hanya di jual di Terengganu sahaja. Kalau nasi Dagang Kelantan ni, tak ada lah rempah-rempah.. semua bahnnya yang ada di dapur.. mudah, ringkas yang paling saya suka tak payah nak tumis-tumis.. boh aje semua dalam periuk dan tunggu aje dia didih.. masuk ikan, masuk garam gula secukup rasa dah siap.. mudah aje kan.. yang penting sedap!

Satu lagi yang istimewanya nasi dagang Kelantan ni ia di makan bersama sambal kelapa, acar mentah dan juga telur rebus yum! yum! Kalau versi mak saya pulak dia akan buat sambal tumis udang Wow! lagi terangkat..

nd

Famous Nasi Tumpang in Kelantan

image

Origin
This mystifying Kelantanese rice dish is rarely spotted in KL, and when it is, it’s difficult to turn your eyes away. Essentially it’s rice and lauk densely layered into banana leaf. The oddity here is the towering cone shape it’s served in; even with the Kelantanese submitting their rice to eccentric practices – dying it blue for nasi kerabu or adding beras pulut to the mix for nasi dagang – nasi tumpang is high on the quirk chart. Dating back to the ’60s, it’s traditionally a bare dish of rice, fish and cucumber that the local wives would make for their fishermen and farmer husbands before they set out in the morning. Because it offers easy access to rice and sides without requiring a plate, nasi tumpang is exceptional in its balance of form and function.

Preparation
Tumpang translates to ‘overlap’ in Indonesian and in some instances of colloquial Malay, which makes sense when referring to the assembly of this dish. The original version sees rice, curry, cucumber and fish serunding layered into a modest package of three or four layers. But The Warung in Mid Valley puts nasi tumpang on a pedestal by crafting a whopping 11 layers made up of rice, fried egg, chicken rendang, sambal, cucumber and your choice of chicken, beef or fish serunding. Each layer is cautiously stacked and pressed down before the next is added, and once the tip of the cone is completed, the banana leaf is tightly wound around it to hold everything in place.

Taste
There are two ways to eat nasi tumpang: you could use a spoon and work through it layer by layer, or you could crumble and mix it all into a heap. For optimum taste, we strongly recommended the latter. But even when muddled up, nasi tumpang is humble in taste; while it doesn’t have the immediate coconutty allure of nasi lemak, it takes from each element without drowning out the other. The sweet sambal and fragrant rendang pair a treat with the coarseness of the serunding, and when eaten alongside keropok ikan and acar buah, it’s a dish that wins you over on account of familiarity – even if you’ve never eaten it before.

3 Kuih Kelantan Yang Cukup Unik

Kuih muih ini mungkin pelik kedengaran tetapi rasanya cukup membangkitkan selera setiap orang yang berani mencubanya. Sila cuba dan rasai kenikmatannya. Saya menyukainya.

Kuih Tahi Itik

Kuih tahi itik  merupakan sejenis kuih yang dibuat menggunakan telur dan disira panas dalam air gula. Ia dibentuk bertempek-tempek seperti tahi itik. Kuih tahi itik disediakan dengan menggunakan putih telur yang telah diasingkan dari kuning telur. Selepas itu putih telur yang telah diasingkan itu akan disira dengan dimasak dalam air gula pekat dan dituang sedikit demi sedikit bagi menghasilkan bentuk akhir. Biasanya kuih tahi itik tidak dibentuk dalam bentuk tertentu kerana ia pada kebiasaannya hanyalah kuih sampingan kepada penyediaan kuih lain.

Kuih Lompat Tikam

Makanan Kelantan banyak dipengaruhi dengan rasa yang manis seperti kuih lompat tikam ini. Ia mempunyai dua lapisan iaitu lapisan tepung beras yang biasanya berwarna hijau di bahagian bawah dan lapisan santan yang berwarna putih di bahagian atas. Bahagian ini dibuat tawar kerana ia dimakan bersama air manisan atau gula kabung dan sesuai diminum bersama air putih.

Kuih Asam Gumpal

Kuih asam gumpal merupakan sejenis hidangan kuih tradisional Melayu yang lemak manis dan dihasilkan dengan menggunakan sagu mata ikan atau sagu biji dengan inti dan dimasak dalam kuah santan.

Kuih asam gumpal disediakan dengan menggunakan sagu biji yang telah direbus dengan air yang dicampurkan dengan garam bagi membangkitkan rasa. Selepas itu sagu yang telah dimasak akan diisi dengan inti dan dijemput dengan tangan kepada bentuk akhir. Biasanya asam gumpal ini akan digumpal menjadi bulat sebesar satu gumpalan tangan. Ia kemudiannya akan dimasak dalam kuah santan sehingga pekat. Campuran gula merah, halia dan halba juga ditambah bagi menambahkan perisa.

Sumber: http://www.wom.my/sihat-cantik/17-jenis-makanan-kelantan/#ixzz4RZS0xa2u

 

Jurnal ‘Berwasit’ & Jurnal ‘Terindeks’:

Dunia akademik institusi pengajian tinggi masa kini heboh memperkenalkan dasar-dasar yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti atau nama universiti ke persada dunia. Setelah timbulnya pelbagai senarai itu dan ini di peringkat antarabangsa yang memberi kedudukan kepada universiti, maka rancangan universiti di Malaysia untuk turut serta meraikan senarai tersebut bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Apatah lagi Universiti Malaya yang pada senarai sulung terbitan THES-QS yang berjaya meletakkan dirinya di kalangan 100 universiti terbaik (dan kita semua pun tahu sebab kepada kejayaan tersebut…) namun merudum tak timbul-timbul selepas daripada kejayaan monumental tersebut.
Salah satu pemberat yang begitu diraikan dalam penyenaraian sebegini ialah terbitan artikel (makalah) dalam jurnal terindeks. Jurnal-jurnal yang terindeks ialah yang disenaraikan dalam pangkalan data atau senarai indeks bibliografi tertentu bagi membolehkan rujukan atau/dan petikan dilakukan terhadapnya. Contoh yang paling popular dan ‘bertaraf tinggi’ ialah oleh Thomson ISI oleh Thomson-Reuters – salah sebuah koglomerat media terbesar dunia yang melalukan kerja-kerja menilai sejauh mana jurnal-jurnal akademik yang sedia ada itu dipetik oleh orang lain (biasanya kefahaman ahli akademik sekarang menjurus kepada senarai ISI). Semakin tinggi kadar ‘petikan’ jurnal tersebut, semakin besar jugalah markah yang diperolehi jurnal tersebut. Kemuncak kepada pengindeksan jurnal-jurnal ini ialah senarai yang digelar sebagai faktor impak (impact factor) iaitu semakin tinggi faktor impak sesebuah jurnal, maka semakin ramailah penyelidik yang telah membaca artikel di dalamnya yang membawa kepada semakin tinggi jugalah ‘prestij’ jurnal tersebut.
Ramai di kalangan ahli akademik sendiri yang begitu teruja untuk memasukkan artikel mereka ke dalam jurnal-jurnal yang terindeks ini. Kemasukan artikel ke dalam jurnal terindeks ini seolah-olah sebagai satu pencapaian yang begitu membanggakan kerana bukannya mudah untuk menyertai satu senarai yang berprestij ini. Maka, mereka pun berkerja siang-malam, didorong oleh kehendak golongan pentadbir universiti seperti NC yang menyeru supaya mereka berusaha melakukan penerbitan artikel di dalam jurnal-jurnal terindeks ini. Untuk rekod, dua pangkalan data yang paling diraikan oleh universiti-universiti di Malaysia bagi senarai jurnal terindeks ini ialah ISI (sekarang dijenamakan dengan nama korporatnya, Thomson ISI) dan SCOPUS. Barangkali atas alasan berbayar, kemudian ‘berprestij,’ maka sebab itulah mereka begitu berusaha menerobos masuk ke dalam jurnal-jurnal yang tersenarai dalam pangkalan data sebegitu. Kalau masuk yang percuma punya, umpama PubMed, PubChem atau Google Scholar sekali pun, belum tentu serinya itu ada apatah lagi keindeksannya tidak seprestij Thomson-ISI.
Namun, sama ada sedar atau tidak, bukan semua jurnal yang terindeks yang sebenarnya tidak pula menjadi jurnal yang berwasit. Apakah pula jurnal yang berwasit? Istilah ‘wasit’ ini penulis kali pertama membacanya dalam buku karya Naib Canselor UTM, Prof Dato’ Dr. Zaini Ujang yang membincangkan soal kedudukan universiti. Secara istilahnya, jurnal yang berwasit ini ialah jurnal yang artikel di dalamnya mengalami proses pembacaan dan kritikan oleh komuniti saintifik bagi menentukan sama ada layak atau tidak artikel tersebut diterbitkan. Secara mudahnya, dalam istilah Inggeris disebut: peer reviewed journals.
Oleh sebab itu, jurnal berwasit ini biasanya dikaitkan dengan jurnal akademik, jurnal yang penuh dengan tulisan, warna hitam putih, sangat kurang gambar rajah dan kalau pun ada carta/graf, sangat-sangatlah tidak menarik sama sekali. Jurnal ini mempunyai pengarangnya sendiri (dalam maksud ‘editor’), dan penilai dalaman serta penilai luaran. Kewujudan sistem penilaian inilah yang menyebabkan jurnal berwasit ini mempunyai kredibilitinya tersendiri kerana setiap terbitan artikel di dalamnya telah dinilai oleh organisasi penerbit dan juga penilai luaran yang turut serta memberikan pandangan terhadap artikel tersebut. Misalnya jurnal A yang diterbitkan oleh Universiti A, dinilai oleh pengarang A dan juga pengarang B daripada Universiti B. Disebabkan proses yang begitu lama, biasanya penerbitan jurnal berwasit ini memerlukan masa yang lebih panjang dan wujud senarai menunggu yang sudah pun beratur untuk diterbitkan.
Jadi, berbalik kepada persoalan tadi iaitu jurnal-jurnal yang terindeks dalam kumpulan yang berprestij tadi bukan semuanya tergolong dalam kategori jurnal berwasit. Malah, majalah mingguan pun masuk di dalam senarai jurnal terindeks itu. Maka, di manakah keobjektifan kita sebagai pengguna untuk meletakkan pemberat mana yang diperlukan oleh kita? Kalau di lihat daripada senarai Thomson ISI Social Science (misalnya bersumberkan laman internet pkukmweb) yang begitu ‘berprestij’ itu dan kita akan dapati di dalamnya ada tajuk-tajuk seperti Forbes dan Fortune yang secara teknikalnya merupakan ‘majalah mingguan.’ Tajuk New Scientist dalam senarai petikan ISI-Science pun sebenarnya secara teknikalnya sebuah ‘majalah.’ Mungkin tidak banyak majalah mingguan yang boleh menembusi senarai Thomson ini namun hakikatnya majalah tetap majalah.
Begitu juga Harvard Business Review yang begitu diraikan oleh banyak ahli akademik bidang perniagaan; pada hakikatnya merupakan (bertaraf) sebuah majalah walaupun berbentuk jurnal klasik. Hal ini disebabkan Harvard Business Review bukanlah sebuah jurnal berwasit, malah tidak menyertakan sebarang rujukan (bibliografi) pun untuk setiap artikel yang dikeluarkan! Sedangkan dalam kajian pemasaran seperti ‘kesetiaan pelanggan’ misalnya, salah satu artikel dalam jurnal tersebut telah mendakwa bahawa firma akan mampu mendapat keuntungan sehingga 80 peratus andai mampu mengekalkan hanya sekitar lima peratus daripada pelanggan mereka – seterusnya menyebabkan ‘kegilaan luar biasa’ dalam kajian berkaitan kesetiaan pelanggan (Keiningham et al., Loyalty Myth, John Wiley, 2005 yang memetik Harvard Business School, 1990, no. 5)! Adakah sebab namanya ada perkataan ‘Harvard’ maka prestijnya meningkat tanpa mengira sumber dapatannya?
Isu-isu berkaitan jurnal berprestij berasaskan indeks dan wasit memberikan cabaran kepada epistimologi keilmuan kerana kedua-duanya mempunyai pro dan kontra masing-masing. Namun ada ketikanya komuniti keilmuan terlampau memberatkan sangat sehinggakan kedua-duanyalah seperti ‘segala-galanya’ dalam erti kata akademik. Adakah nilai tulisan (artikel) Prof Abu yang bergelar Prof Ulung atau Prof Diraja lebih rendah jika diterbitkan di dalam akhbar berbanding di jurnal? Bagaimana pula kalau Prof Abu ini seorang yang lebih gemar menulis buku-buku teknikal dan umum yang memungkinkan lebih ramai kumpulan sasarnya berbanding tulisan di jurnal yang kadang-kala terlalu ekslusif untuk diperoleh (dengan fakta banyak pangkalan data jurnal dan jurnal yang ‘berprestij’ berbayar). Akan tetapi, isu kesahihan terhadap apa yang disampaikan juga akan timbul andai tiada siapa yang memantau penulisan; kerana orang boleh menulis apa sahaja yang dia sukakan, mengemuka dan mempromosikan teori mereka sendiri dengan sewenang-wenangnya tanpa sebarang kepustakaan, kajian empirikal ataupun kajian lapangan.
Namun, pada akhirnya sifat keobjektifan sesuatu ilmu pengetahuan sentiasa menjadi pertikaian seandainya prestij jurnal sahaja yang dijadikan sebagai penanda aras keabsahan dapatan kajian. Hal ini sekali gus memberi tamparan hebat kepada norma-norma Merton seperti perkongsian (Communalism), kesegatan (Universalism) dan Tiada berkepentingan (Disinterestedness). Jurnal yang hebat tidak semestinya boleh dibaca oleh orang ramai (kerana capaiannya bukannya percuma) dan perkara ini sudah melanggar konsep perkongsian. Aspek universalisme pengetahuan juga tidak diamalkan kerana majoriti yang terindeks ialah senarai jurnal berbahasa Inggeris dan terbitan Barat. Apabila nilai ilmu itu diletakkan pula sama ada diterbitkan dalam jurnal berprestij ataupun tidak, sudah semestinya akan boleh mencalar norma tiada kepentingan kerana nyata sekali, wujud kepentingan tertentu yang menyebabkan komuniti saintifik itu (baca: Universiti) cuba untuk menerbitkan artikel di dalam jurnal berprestij (agar dapat markah lebih baik dalam senarai kedudukan universiti). Norma Skeptikisme tersusun (Organized Skepticism) juga mungkin boleh dipertikaikan untuk jurnal-jurnal yang termasuk di dalam senarai prestij terindeks namun tidak pula mengalami proses wasit.